AIR MATA AHLI KPF

Selepas KPF dipaksa menjual pegangan ekuiti dlm felda holdings kpd FGV, maka tinggal lah KPF sehelai sepinggang. Air mata darah pun KPF tak dpat diselamatkan lagi sbb ekuiti 51% yg dipegang berpuluh2 tahun sudah terlepas di tangan org lain.
Kekuatan KPF menguasai rangkaian perniagaan dlm anak2 sykt felda telah menjadi buah mulut tokoh2 korporat. Malah org Cina pun begitu kagum dgn rangkaian perniagaan yg diasaskan oleh felda melalui KPF di mana peneroka menjadi pemegang saham utama. 
Sekarang KPF balik kpd asal seperti 35 tahun lalu. KPF sedang meneroka perniagaan baru setelah hubungannya dgn felda holdings berpisah. KPF emegang tunai yg banyak selepas menjual 51% ekuiti. Sesuatu yg pelik ialah FGV mendpat untung rm328 juta dari membeli ekuiti KPF. Sepatutnya pihak yg menjual lah (KPF) yg untung. Terang2 KPF ditipu!!!”
Pengerusi Felda berjanji untuk memajukan peneroka melalui KPF. Sbb itu KPF akan terlibat dlm pelaburan dalam felda investment corp atau FIC. Kpf dijanjikan memegang ekuiti utama dlm FIC. Pengerusi FIC ialah TSI yg jugak Pngerusi FGV, FAHC, Felda Hol, Yayasan, disamping berpuluh2 Pengerusi dlm sykt FGV. Keikhlasan TSI utk membantu peneroka patut diragui kerana 22 tahun menjadi MB N9 TIDAK ADA satu pun koperasi atau sykt Bumi di NS yg berjaya!!! Apa sumbangan dan peninggalan TSI di NS? Yg org nampak ialah tugu Nilai yg satu ketika dulu tersergam gagah di RnR Nilai!!!
KPF akan membeli 5% saham felda dlm FGV. Memang pelik! Selepas disuruh jual ekuiti 51%, kemudian dipaksa pulak membeli saham FGV. Dengan pembelian ini, felda dapat untung rm800 juta. Dengan jumlah ini bajet felda menjadi surplus ( lebih) dan bole tampung perbelanjaan makan minum Pengerusi, terbang ke luar negara dll. 
Pengerusi KPF masih teraba2 dan sanggup melantik penasihat2 di kellilingnya dgn gaji mahal utk melabur dan menerokai perniagaan baru. Kabarnya macam2 pelaburan yg akan diceburi. Ahli2 Lembaga KPF dibawa bersiar2 ke luar negara bersama isteri dan ditaja sepenuhnya. Sudah tentu ini semua duit ahli. 
Pengerusi KPF sudah lupa yg KPF adalah sebuah kooperasi dan setiap sen yg dibelanja adalah amanah ahli. KPF bukan sykt sendiri yg bole dibuat sesuka hati. 
Nampaknya semua ahli KPF mesti bukak mata dan peka terhadap hak ahli. Ahli Lembaga KPF tidak bole sesuka hati mengguna wang ahli. Jgn dibiarkan kemungkaran di depan mata dan ahli sambil lewa tak peka!!!

 ooooooooooooooooooooooOOoooooooooooooooooooooooooo

Alkisah selepas KPF dipaksa menjual ekuitinya dlm Felda Holdings sebyak 51%, maka kaya lah sekejap KPF. Skrg KPF ada tunai yg banyak. Dianggarkan KPF ada baki tunai kira2 rm5 bilion. Pengerusi baru KPF ni nampak gayat bab duit. Sbb itu semua ALP dpat imbuhan rm40 ribu tiap seorg. Selain imbuhan khas ini, semua ALP ( kecuali 5 org) dihadiahkan melawat Mekah bersama isteri/suami masing2. Selepas penat & panas di Mekah, terbang pulak ke kota London dlm beberapa hari utk melawat atau shoping! 
Begitu lah mewahnya KPF skrg. Kalau ahli tak perasaan atau buat dont know jer….entah lah. Tepuk dada tanya selera!

 ooooooooooooooooOOoooooooooooooooo

Agihan dividen kpd ahli KPF pada tahun ini agak ‘stabil’ & bole menjangkau lebih 15%. Ini adalah diabbkan KPF memperolehi pendapatan yg ‘lumayan’ dari penjualan ekuitinya dlm felda holdings. Ketika ini KPF memegang sejumlah tunai yg banyak hasil bayaran yg diperolehi dari FGV. Sbb itu lah ALP nampak gelap mata apabila menaja ALP ke Mekah & London bersama pasangan masing2!!!
Bayaran dividen utk tahun2 akan dtg bergantung pelaburan baru KPF setelah KPF kehilangan sumber pendpatan dlm perniagaan dlm felda holdings. Jika ada rezeki dpat lah ahli menumpang bersama KPF. Ibarat pepatah untung sabut timbul untung batu tenggelam. .

KPF SEKARANG BUKANYA DULU

Imej

Kepada semua ahli KPF, berilah sedikit masa utk menatap sekejap isu KPF.

 

Sejak tahun 2011, KPF telah diasak bertubi2 utk diambil aleh oleh FGV.

 

Bukan saja diasak, tetapi beberapa individu turut menjadi mangsa. Apa yg dipertahankan oleh Dato Zul selaku Pengerusi KPF, Dato Suhaimi selaku Bendahari dan Hj. Abidin telah menjadi kenyataan.

 

Mereka bukan saja menjadi mangsa tetapi telah diaibkan begitu rupanya. Allah sangat mengetahui betapa tekanan perasaan yg dilalami mereka selepas diaibkan.

 

KPF telah dipintas, ditindas dan dicantas.

 

KPF menjadi idaman sehingga ada orang mengigau dan sasau seketika kerana tidak dapat menjadi Pengerusi.

 

Akhirnya dapat juga jawatan Pengerusi KPF dirampas oleh poroksi!

 

FGV akhirnya dpat mengambil ekuiti KPF secara paksa dlm Felda holdings dengan harga cheap sale.

 

Harga lelong pun lagi mahal. Mana kan tidak? FGV sanggup membeli Pontian Plantations dengan harga rm142 sesaham berjumlah rm1.2billion.

 

Semua ahli tahu Pontian Plant adalah sebuah sykt kecil 

 

KPF DALAM BAHAYA

Imej

KPF adalah milik peneroka dan kakitangan. KPF maju membangun kerana adanya kedua2 entiti ini. Syarikat Felda di bawah Felda holdings jugak berkembang maju kerana sokongan warga peneroka. Sekarang syarikat yg dibina oleh Felda sendiri bersama tangan2 peneroka dan kakitangan lebur kerana politik yg tamak tanpa memikirkan masa depan pelaburan peneroka. Badan yg menjadi tempat peneroka bergantung sudah pupus ditangan pengkhianat bangsa sendiri. FGV menjadi pemusnah peneroka. Pegangan 20 peratus saham peneroka dlm FGV melalui tabung amanah diuruskan oleh pemimpin yg bergelumang dengan rasuah. KPF sekarang kaya dengan memegang tunai kira2 rm5billion. ALP yg dipengerusikan oleh DG Felda sudah mula gelap mata. Dia lupa tanggongjwab dan amanah menjadi Pengerusi. Pengerusi KPF lebih mementingkan tempolok diri. Mana kan tidak! Dia mengambil kesempatan membolot dan menguasai KPF. Semua ahli lembaga termasuk bekas2 lembaga sejak KPF ditubuhkan diberikan bayaran sagu hati atas jasa dan sumbanganya sahaja.

Anggota KPF Setuju.

Keputusan dibuat Anggota, pada 27hb Okt. meluluskan cadangan ALP menjualkan 51% saham milik KPF dalam FH kepada FGV pada harga berjumlah RM2.2b.

Keputusan dibuat tanpa banyak bicara dan rundingan dan soalan dan penjelasan, dalam MAPK. Pengerusi yang mengemudikan mesyuarat yang menyatakan semuanya dibuat untuk kepentingan anggota dan peneroka. FGV lah yang akan menentukan masa depan peneroka. Dengan kebijaksanaan pengurusanlah, keuntungan akan mengalir kekantung peneroka.

Kita tunggu dan lihat masa depan peneroka. Masa depan KPF sudah pasti tidak lagi bergantung kepada syarikat2 Felda. Mulai sekarang. KPF perlu berusaha sendiri mencari pelaburan lain untuk memberi pulangan. Mungkin ada baiknya begini. Berdikari.

Semua anggota perwakilan dengan penoh kesedaran, memahami implikasi jualan pada harga RM2.2b sahaja, dan lain2 keputusan yang mereka telah buat pada 27hb Okt. Sebab mereka telah nekad membuat keputusan mengikut arahan ALP.

Kita, walaubagaimanapun, akan terus mengingatkan anggota KPF dan petugas Felda, akan masa depan KPF tanpa syarikat Felda….

MAKAN DAGING ANJING

Mahgribi dicengkam skandal daging anjing

Rabat: Pihak berkuasa Maghribi melancarkan siasatan berhubung perdagangan daging anjing secara haram selepas 37 bangkai haiwan itu ditemui di dalam van seorang tukang sembelih.
Polis menemui bangkai berkenaan selepas menahannya di tengah Casablanca kerana kesalahan trafik. Pemandu itu memberitahu polis, dia bercadang menjual bangkai itu di restoran di kawasan kediaman penduduk miskin bandar itu, tempat daging anjing berkenaan biasanya dibuat sosej.
Memelihara anjing dan memakan dagingnya menjadi isu kontroversi di Maghribi, negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, sejak beberapa tahun lalu. Seorang pemilik restoran dipenjara enam tahun pada 2009 selepas didapati bersalah menyajikan daging anjing yang didakwanya daging lembu.
sumber : mymetro
 
Komen aku…
Aku rasa diMalaysia pun berlaku macam ini … terutama kawasan felda .. itu sebab otak dan hati jadi hitam , masih lagi sokong umno dah tahu umno tu penuh dengan kemaksiatan dan  dan bapok penipu..

Sang Sa Purba Terima lah hakikat & fakta

Sang Sa Purba

Terima lah hakikat & fakta sejarah bahawa Tun Dr Ismail lah yg mengasaskan felda selepas DEM Fiennes seorg penasihat British kemukakan cadangan yg ketika itu berkhidmat di Malaya. Tun Dr Ismail mengambil masa kira2 11 bulan melengkapkan penubuhan felda pada Julai 1956 selepas set up GWP in Aug 1955 dan setelah berunding dgn semua kerajaan negeri. Tun menyiapkan assignment ini dan menyerahkn kpd En Bahaman Samsudin sebagai menjadi menteri pertama felda selama 2 tahun dan Fiennes sendiri sebagai pengerusi felda pertama. Sikap dan falsafah Tun Dr Ismail ialah menentang keras penglibatan pegawai kerajaan dlm politik. Tun Razak meredakan keadaan dan menasihatkan Tun Dr Ismail jgn terlalu keras dgn pegawai kerajaan yg berpolitik. Akan tetapi, bila Tun Razak menjadi menteri felda ke 2 pada Nov 1959, dia jugak akhirnya bersetuju dgn falsafah Tun Dr Ismail dan tidak melantik politician dlm felda. Tun Razak melantik TS Taib Andak as Chairman of felda gantikan Fiennes dan Raja Alias sebagai 2nd men felda.
Kejayaan felda berteraskan kejujuran, keikhlasan dan daya kental pemimpin felda termasuk kakitangan & pengurus. Yg menjadikan felda berjaya ialah kerana pengurusan yg cekap dan kakitangan yg ikhlas. Apabila ada pihak mendakwa kejayaan felda berteraskan politik, maka ini satu hal yg sgt dangkal & terpesong.
Diakhir 90an mulalah suara2 sumbang menuntut org politik masuk felda. Samsul anak peneroka bersama group pemuda Umno dibawah miss Hish…ketika itu, mula mendesak Tun Mahadir supaya tokoh politik dilantik sebagai pengerusi felda. Akhirnya Raja Alias berundur & digantikan TS Yusof Noor.
Org Felda & sykat tidak bersedia menerima kemasukan TS Yusof ketika itu. Sbb Raja Alias meninggalkan aset felda, aset peneroka & sykt peneroka berbilion nilainya. Management felda & sykt sgt kuatir aset yg bertimbun akan susut di tangan org politik. Sejarah banyak mengajar KUB, Multipurpse, Maika dll lingkup di tgn politik. Di saat akhir Raja Alias meninggalkan felda, beliau sempat membayar segala hutang felda melalui federal gover sejumlah rm2.3bilion ketika negara amat memerlukan sejumlah tunai utk bayar bonus kpd semua penjawat awam.
TS Yusof org tinggi ilmu dan penuh adab. Ketika dtg di felda, beliau menyatukan pengurusan felda & sykt. Dia akan memastikan tindakannya tidak mencetuskan kontroversi atau menjadi kebencian staff & peneroka. TS Yusof tidak mengganggu KPF, tidak campuri urusan pentadbiran, kakitangan, kenaikan pangkat, tender dsb. Dia benar2 menjalankan tugas pengerusi tanpa mengambil kuasa ceo. Beliau tahu bidang kuasa ceo. Lama kelamaan TS Yusof diterima semua termasuk peneroka. Kalau ada yg tak puas ati, itu biasa. Di bawah pimpinan TS Yusof, org hijau merah biru walau apa fahaman bersatu di rancangan tanpa perbalahan ketara.
Kira2 lima tahun lalu, byak nama dicanang2 jadi pengerusi ganti TS Yusof. Antaranya hasan arifin, JJ, tajol rosli, anuar musa, awang adik dll. Akhirnya impian jadi kenyataan. Bagai bulan jatuh ke riba. Rupanya isa samad org paling mengidam nak jadi pengerusi. Macam org mengandung mengidam buah kuinin..buah yg susah dicari!
Jawatan pengrusi felda dgn mb tak jauh beza. Bezanya jaga sebuah negeri dan agensi. Tetapi bajet felda & sykt bersamaan 5 buah negeri. Siapa tak nak jawatan pengerusi? Aset felda holdings milik peneroka nilainya rm4bilion. Turnover business lebih rm10bilion setahun.
Dato Khalid Yunus satu ketika musuh & seteru kpd isa. Tetapi, masa penamaan calon, dato khalid sebagai pencadang. Dlm politik musuh bole jadi kawan dan sebaliknya. Ada ubi ada balas. Ditakdirkan isa menang, antara yg disebut2 jadi pengerusi felda ialah khalid? Abis cite. Isa naik pangkat mane pulak?
Kalau isa menang, makin maharaja lah dia. Game is over. Kpf hancur. Kpf lebur. Felda holdings sykt gergasi peneroka mungkin lupus. Mungkin lingkup. Fgv tetap bergantung ubat dgn felda. Akhirnya felda akan merana! Siapa punya angkara kalau bukan politik. Kalau sayang felda, fikir lah abis2